Friday, July 29, 2011

Tahniah Sahabat-sahabat di Pulau Pinang

Salam,

Saya cuma nak berkongsi perkembangan terkini di Gelanggang Bertam,S.P.U. Pulau Pinang.

Sejak awal tahun 2010 Gelanggang Bertam telah berpindah dari dewan Taman Bertam Indah kepada dewan Taman Bertam Putra di kawasan perumahan Fasa 5. Asalnya ahli-ahli belajar sejak 2008 dengan menumpang aje di kawasan dewan Taman Bertam Indah. Berlatih dengan berkongsikan lampu dewan ( orang menyewa untuk bermain badminton )dengan berlatih atas pasir ( sebab belum turap), kadang2 depan lobby dewan ( sebab hunan )dan kadang2 di kawasan parking dewan ( selepas turap ). Waktu tak menentu sebab, bergantung pada masa saya turun penang.

Akhirnya, bila dewan Bandar Putra siap sekitar awal 2010, Pak Sheikh dan Pak Addy ajak pindah kesana. Penggunaan dewan itu juga atas persetujuan pengerusi taman itu iaitu Hj Hamid, untuk kami gunakan untuk aktiviti Lian Padukan. Pada masa itu hanya ada taekwondo, itu pun siang hari.

Harapan saya, Pak Sheikh dan Pak Addy selain kita ber Lian, sekurang-kurangnya Taman ini ada mewujudkan satu aktiviti yang bermanfaat untuk penduduk di taman ini dan kawasan sekitarnya. Bagi saya taman ini agak jauh dan terpencil.

Impak dan faedah yang saya perhatikan ialah walaupun tak ramai, tetapi kelas dan gelanggang ini berjaya menarik remaja-remaja yang melepak untuk menyertai Lian padukan. Sekurang-kurangnya budak2 ini ada tempat untuk di tujui dan berkumpul. Peluang ini digunakan oleh saya dan sahabat2 saya untuk memberikan nasihat dan mendidik mereka.

Walaubagaimanapun penggunaan dewan ini terganggu sejak beberapa bulan ini, akibat dari ketidakperihatinan beberapa individu yang menggangu perjalanan kelas, yang diadakan setiap sabtu, 930 malam.

Akhirnya, bulan lepas, muncul notis yang sesiapa yang perlukan penggunaan dewan ini kena buat surat permohonan dan sewa akan dikenakan....

Bagi saya ini mengarut....Tapi takpe, saya dah buat surat dan menunggu pihak MPSP untuk reply. Harap yang terbaik Pada masa yang sama, atas semangat dan tanggunjawab sahabat saya Pak Sheikh, Pak Addy dan adik Anas dan rakan2 lain telah mencari tempat alternative di kawasan taman untuk buat gelanggang sementara. Sebelum ini cuba2 berlatih di padang pada waktu malam tetapi telah meninggalkan kesan dan bau yang kurang menyenangkan...:-( pada ahli.

Tahniah sekali lagi atas usaha sahabat-sahabat saya di Bertam, Pak Sheikh, Pak Addy, Anas dan Yusri bersama-sama saya dan Lian Padukan.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Thursday, June 16, 2011

Perbincangan untuk Memulakan Latihan

Assalamualaikum,

Setelah tertunda beberapa lama, Lian Padukan Bertam akan memulakan kembali latihan yang tertunda. Akan tetapi, tarikh belum ditetapkan. Terdapat beberapa perbincangan yang perlu diadakan sebelum mula untuk sambung apa yang terputus. Pak Sheikh, Hady, Yusry, Anaz dan Cikgu Syam (optional) akan berbincang sesama sendiri sebelum keputusan di buat. Harap maklum.

Saturday, May 21, 2011

DITUNDA SEMENTARA

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa gelanggang Bertam terpaksa ditunda sehingga diberitahu kelak.

Sebab musababnya adalah disebabkan dewan yang digunapakai sedang dalam pembaikan.
Oleh itu, para pelatih atau yang berminat boleh menghubungi Pak Syeik, Hady atau Cikgu Syam untuk sebarang maklumat. Latihan akan disambung apabila masalah dewan dapat diselesaikan (yang tak tahu sampai bila). Mungkin juga akan diadakan di tempat baru. Harap bersabar.

Kepada yang menyebabkan masalah teknikal itu pesan saya (Hady), jangan diganggu saudara saya Syeikh. Marilah berbincang. Kalau nak berdiri sekalipun datanglah berhadap dan bukan tikam belakang. Melayukah kamu??

Monday, February 28, 2011

Tiga Kegembiraan di Pulau Mutiara

Salam,

Sabtu lepas saya telah turun ke gelanggang Bertam, Seberang Perai Utara. Lama rasanya tak turun, maklumlah sibuk dengan urusan kerja dan komitment lain dengan di Kl. Tapi bila dapat peluang, hujung minggu free, saya turunlah. Saya kena naik 2 bas untuk sampai ke Bertam, Kepala Batas. Bertolak Sabtu tengahari dan sampai agak lewat di terminal bus butterworth sebelum naik bas Rapid ke Kepala Batas. Adventure lah sikit ( nampak kedai Nasi Kandar Subaidah...tapi dah naik bas...tengok jelah), hilang rasa letih badan bila berjumpa dengan rakan2 dan ahli2 penang malam itu. Sampai ke gelanggang pun dah pukul 930 malam.

Rakan yang saya maksudkan ialah Pak Sheikh dan Pak Hady. Mereka berdua inilah yang banyak bantu saya dalam mengendalikan gelanggang di dewan Bertam Putra. Mereka dah bersama saya sejak beberapa tahun lepas dan telah habis silibus Lian, insyaAllah akan join khatam tahun ini.

Malam itu ada pertambahan budak2 baru dari taman, dari form 1 - form 4. Memandangkan saya nak datang, Pak Sheikh announce pada mereka yang baru lebih awal. Alhamdulillah mereka bersetuju nak masuk selepas di berikan penerangan dan demo 9 lagipun ada rakan2 mereka yang dah masuk ). Kata Pak Sheikh, budak2 disini tak ada aktiviti. Mereka suka melepak hingga lewat malam dan merokok pada usia yang muda. Sekurang-kurangnya dengan aktiviti Lian Padukan ini dapat kita menasihati dan membentuk budak2 ini ke jalan yang betul dan sihat.

Pak Sheikh ( cikgu sekolah ) ini saya kenal lama dulu semasa di ITM Shah Alam. Kita sama2 join Silat Cekak ( Guru Pak Ak ), masa itu belum pecah kepada anak ustaz hanafi dan Malaysia. Dia salah seorang sparing partner saya dulu...hehehe. Lepas balik Penang dia teruskan jumpa dengan Guru Utama Pak Ak. Lepas saya jumpa dia semula di Penang, dia tertarik pula dengan Lian Padukan yang saya bawa. Dah orang silat, silat juga. Sampailah sekarang dia bersama saya. Kita padukan, katanya. Kata isteri beliau, dia nampak suami dia ni banyak perubahan bila dah bersama Lian Padukan dari segi semangat berlatih dan melatih, kesungguhan dan banyak ilham datang. . Malam tu saya dipelawa tidor rumah dia untuk pertama kali. Banyak benda yang kita borak,bincang dan kongsi mengenai LianPAdukan sampai pagi tak tidor. Itulah kegembiraan pertama saya.

Pak HAdy pula saya kenal di Penang juga, engineer di Kulim hi Tech Park. Pak Hady ni orang tomoi dan berilmu orangnya. Dia ni minat senjata, ada je senjata yang di bawanya untuk di tunjukkan. Mula2 kenal dia pun macam tak yakin dia boleh kekal, tapi alhamdulillah kekal ke hari ini. InsyaAllah dia pun akan join khatam tahun ini. Kalau rasa siku Pak Hady macam "bilah", tajam. Banyak teknik tendangan, latihan senaman tomoi di serapkan untuk ahli2 penang. Dia pun guna konsep padukan. Tapi asas tetap buah pukol. Malam tu, Pak Hady hadiahkan saya "buku lima" tembaga. Terharu!, buat pertama kalinya dapat pemberian semenjak saya menceburi LianPadukan sejak 2004. Best. Kegemberian kedua saya.

Pagi ahadnya saya naik bas balik ( Pak Sheikh hantar ) dan beli akhbar Harian metro sebab dan membaca artikle Lian PAdukan dalma akhbar. YAhOOO....Best. Tido dalam bas tersenyum puasss....Kegembiraan Ketiga.
HAPPY ENDING.
LAWAN TETAP LAWAN

Sunday, January 9, 2011

Senjata - Adaptasi ke dalam Lian Padukan



Assalamualaikum,

Ini adalah salah satu senjata lama di kawasan utara. Senjata ini dikenali sebagai "Cak Lengkong". Mengikut kata orang tua - ia adalah abang kepada buku lima. Wallahualam. Senjata ni sekarang jarang dibuat dan jarang ditemui di kawasan utara. Tempat lain? Wallahualam. Macam mana nak guna? Terpulang kepada selera masing-masing :). Kebetulan ada orang tunjukkan.