Thursday, February 6, 2014

Setelah sekian lama mendiamkan diri....


Assalamualaikum. Agak lama blog ini tidak pernah diaktifkan atau di update. Terlalu banyak yang terjadi yang rasanya tidak perlu dinyatakan secara zahir. Ini mungkin posting terakhir kerana yang sebenarnya kami juga sudah tidak sebegitu aktif dalam Seni Lian Padukan. Yang adapun hanyalah murid asal cikgu Hisyam di Penang. Masih lagi bermain - main dengan gembira. Tetapi tidak serius seperti 5 tahun yang lepas. Ada yang tenggelam terus. Apa pun, hubungan kami tetap seperti dulu. Hormat kami kepada Cikgu Syam tetap tebal seperti dulu malah kami sentiasa menunggu kedatangannya ke sini. Terus terang saya katakan bahawa saya tidak lagi membantu Pak Syeikh mengajar dan tidak lagi terlibat mempromosikan Lian Padukan seperti dahulu. Tetapi minat untuk belajar seni mempertahankan diri tetap membara seperti dahulu. Jadi ke manakah arah kami di Penang ini? Jawapannya ialah.... saya Hady akan tetap terus belajar dengan Cikgu Syam dan juga Pak Syeikh tidak kira ilmu apa sekalipun (selagi bertepatan dengan syariah). Tentang Lian Padukan di Penang....biarlah generasi lain atau pihak lain menyambung perjuangan itu disini. Saya bolehlah diistilahkan sebagai tidur. Yang lain saya tidak tahu. Wallahualam.

4 comments:

  1. walaikumsalam sahabat ku Edy dan ahli2 di Penang. Terimakasih atas komen dan sokongan saudara-saudara semua.

    ReplyDelete
  2. Perkembangan saya di www.soloksaga.com

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..saya berminat utk mempelajari lian padukan..bagaimana hendak menghubungi saudara??---zuhri bayan lepas wassap 01119619097

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. saya berminat nak belajar seni lian padukan..blh bagi panduan di penang di area mana ye..

    atau whatsapp saya di talian

    wasap.my/60134670761

    ReplyDelete