Saturday, August 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum,

Saya mewakili Lian Padukan Pulau Pinang ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak kepada kesemua warga-warga Lian Padukan. Amat diharapkan agar kita dapat bersama - sama memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan menambahkan lagi amal ibadah sunat disamping ibadah ibadah yang wajib. Seruan saya, marilah kita bertaubat diatas segala salah laku yang pernah kita lakukan. Rendahkanlah diri kita dengan keinsafan, kemaafan. Hindarkanlah atau tinggalkanlah kedengkian, hasad, sombong, ujub. Insya - Allah, keberkatan pasti ada. Ingatlah bahawa segal hal diduni adalah berpunca dari Islam sedangkan Solat adalah tiangnya.

Dan di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan atau jutaan TERIMA KASIH dari kami ahli Lian Padukan Penang kepada Cikgu Hisyam Giant. Kerana cikgu yang bawa Lian Padukan kepada kami (dengan izin Allah) tanpa rasa jemu, tanpa mengira wang ringgit, tanpa mengira masa dan tanpa mengira JARAK. Tak tahulah sekiranya wujud lagi guru seperti kamu pada masa akan datang. Doa kami, semoga Allah membalas jasa cikgu dengan keberkatan, kekuatan, ketenangan dan kejayaan. Insya Allah, kami sentiasa berada bersama cikgu.

Kepada ahli Lian Padukan Penang, dalam bulan puasa juga insya Allah akan diadakan kelas tapi mungkin disebelah petang. Hal ini akan dikelolakan oleh Pak Sheikh.

Sekian dari saya,

Faqir Allah

No comments:

Post a Comment