Apabila sudah tiada maruah, manusia itu bukan lagi Melayu. Manusia sebegitu dikenali berperibadi ‘benang kusut’ yang perlakunya atau cakapnya sudah tiada adab. Menunjukkan biadab pada bersikap dan derhaka bila bersuara.
Yang dikatakan itu jelas dan tegas. Itu suara dan sumpahan dari Melayu dulu dan masih diterima pakai masa ini, hanya penyampaiannya berbeza dan maksudnya tersembunyi.
Kata hati orang Melayu dulu kerana bersuara keramat yang tiada putus hingga kini. Bila dilihat yang ‘buruk’, dalam menahan marah disebut; “Lahh...”. Terlangsung hati itu sejuk kerana sebutan hati itu. “Lahh...” itu dari sebutan penuh “Allah”.
Begitu juga apabila sudah melihat keburukan disebut; “Itulah awak...” yang asalnya berbunyi; “Itulah tulah Allah kepada awak”. Diringkasnya; “Itulah awak...”, tetapi ada juga sebut tanpa disedari berbunyi; “Tulah awak...”.
Apa yang disebut awal mengenai silat, Melayu mesti menuntut silat dan kesannya tanpa silat adalah dari suara orang Melayu lama atau Melayu dulu. Suara dari guru yang tahu dan memeliharakannya.
Dalam Silat Melayu, pergerakannya dari adat beradab. Menampilkan sikap berbudaya. Namun silat tidak boleh sama sekali menyerupai pergerakan solat dan ilmunya tidak boleh bercanggah dengan agama Islam.
Silat adalah beladiri. Silat bukan solat dan silat bukan dari sebutan silatulrahim.
Namun silat boleh mengumpul manusia dan bila tiba waktunya, yang beragama Islam boleh solat berjemaah. Beladiri lain tidak sebegitu, kecuali gelanggangnya dalam kawasan pentadbiran Islam atau mungkin gurunya beragama Islam. Kerana dalam silat, solat didahulukan kerana ia hukumnya wajib.
Kembali kepada suara Melayu lama, bangsa Melayu mesti menuntut silat, kerana ilmu beladiri Melayu adalah silat dan dengan beladiri itu mereka wajib mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Dalam mempertahankan agama, mereka mesti dahului mempertahan-kan bangsa Melayu yang ditakrifkan beragama Islam dan mengamal budaya Melayu yang tidak bercang-gah dengan hukum syarak.
Dalam mempertahankannya, orang Melayu mesti mempertahankan Raja-Raja Melayu yang menjadi pemegang amanah utama. Namun dalam masa yang sama juga, mereka mesti mempertahankan negara agar Raja-Raja Melayu yang memerintah dapat terus sama-sama memelihara Islam.
Kerana itu orang Melayu lama yang menyedari hakikat itu ‘menjatuh hukum’ bahawa dari sebutan “mesti” dijadikan “wajib”. Orang Melayu wajib menuntut silat dan silat itu adalah Silat Melayu. Dalam sejarah Melayu yang dicatat atau dibukukan, orang-orang Melayu di Nusantara menentang tentera Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris dengan ilmu beladiri yang kini dikenali silat.
Dari buku Sejarah Melayu hingga catatan beberapa buku Dr Hamka, orang Melayu dari Melaka, Majapahit, Acheh, Pasai, Sulawesi, Sulu dan sebagainya golongan pahlawan yang tidak gentar berdepan senjata api demi agama, bangsa dan negara.
Dengan ilmu beladiri Melayu itu, Baik Portugis hingga zaman British, hidup mereka tidak tenang. Sentiasa ada pahlawan Melayu bangkit hingga tidak dibenarkan lagi keris dipinggang dan gelanggang silat diwujud.
Apajua cara dihalang, orang Melayu terus senyum. Senyuman yang menyembunyi rahsia. Guru silat tetap wujud dan identiti mereka dirahsiakan. Bukan sahaja penduduk sekam-pung, malah isteri pun tidak tahu suaminya guru silat.
Begitu sikap Melayu di Semenan-jung. Tidak menunjuk dan tidak menonjol. Penjajah hanya kenal orang Melayu, nama-nama pada keris tetapi tidak akan kenal rahsia Melayu dan keris yang menjadi simbol akan siapa sebenarnya bangsa Melayu.
Yang utama kepada guru silat, anak murid mesti terus dihasilkan untuk mengganti perjuangan mereka. Diamanahkan, bangsa Melayu wajib menuntut Silat dan sesekali tidak ditegah mempelajari beladiri lain. Yang dijangankan, memburuk beladiri bukan silat dan jangan pula sesekali Melayu membusukkan silat kerana Melayu itu umpama pengkianat dan penderhaka yang akan kena tulah. Yang tahu pegang akan membawa kata-kata Tuah.
Juga diukirkan, keris itu Melayu dan Melayu itu keris. Keris itu silat dan silat itu budaya yang memelihara adat Melayu. Buang silat maka hilang budaya dan hilanglah bangsa.
Kembalilah kepada asal-usul kerana darah Melayu Semenanjung berke-turunan. Buka salasilah dari ‘tok empat lapan moyang’ supaya perjuangan mereka sia-sianya tiada kerana cucu-cicit adalah penyambung. Silat kekal senjata diri.
Saturday, March 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment