Saturday, April 24, 2010

Kitab Hidayatus As Salikin- Permulaan

Assalamualaikum,

Pada hari ini dan insya Allah masa akan datang, saya akan menulis di Blog LP Penang runtaian/ringkasan apa yang dipelajari didalam kitab Hidayah Salikin atau judul penuhnya Hidayatus Salikin fi suluki maslakil muttaqin (pedoman bagi orang orang yang berjalan pada perjalanan orang orang yang takut kepada tuhan). Kitab ini dikarang oleh Syeikh Abdul Samad Al Falimbani. Salah seorang ulama nusantara yang amat terkenal. Kitab ini disyarah oleh Ustaz Shabini di Taek Gelugor, Pulau Pinang. Maaf, saya tidak akan menulis dengan detail atau setiap bab yang disyarah sebab itu akan jadi kolum mingguan. Tetapi, ia hanya akan ditulis di blog ini bila saya rasa ada perlunya ataupun ada permintaan. Baiklah, kita bermula.

Mukadimah- Kelebihan Penuntut Ilmu yang bermanfaat.

Ada pun kelebihan orang menuntut ilmu yng memberi manfaat adalah seperti berikut:-
1) Sabda Nabi S.a.w;
"Sesungguhnya para malaikat akan merendahkan sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat suka dengan perbuatannya" riwayat Imam Ahmad iraq.

2) Sabda Nabi S.a.w;
"Sesungguhnya jika seseorang kamu itu berpagi-pagi lagi mempelajari satu bab daripada ilmu, nescaya terlebih baik daripada ia bersembahyang sebanyak seratus rakaat". bnu Abbad

- Huraian oleh Ust Sharbini:- Sembahyang yang dimaksudkan adalah sembahyang sunat. Hal ini kerana sembahyang fardhu tetap wajib dan tidak dapat tidak wajib dilaksanakan. Yang dibandingkan disini adalah sunat seperti tahajud masjid, sunat - sunat yang lainnya.

3) Sabda Nabi S.a.w;
"Orang yang menuntut ilmu itu dijamin rezekinya oleh Allah Taala" Riwayat Khatib (Dhaif).
-Huraian Oleh Ustaz:- Hadis Dhaif makamnya boleh diamal tetapi tidak boleh dijadikan hujah dalam menetapkan hukum. Ilmu disini adalah dikhususkan kepada bidang agama.

4) Kata Syeikh Ibnu Atthailah yang dirahmati, dalam kitabnya AtTanwir Fi Isqath At Tadbir - "Kamu hendaklah mengetahui bahawa penyebutan ilmu berulang kali didalam Al-Quran yang maha mulia atau dalam Hadis Nabi s.a.w itu, maksud sebenar yang dikehendakinya ialah ilmu yang memberi manfaat yang disertai dengan rasa TAKUT terhadap ALLAH TAALA dan diliputi kehebatan ALLAH TAALA"

-Huraian Ustaz;- Kita harus atau sepatutnya apabila mempelajari sesuatu ilmu, ilmu menambahkan kekaguman kita terhadap Allah Taala ataupun rasa takut terhadap azabnya. Contohnya, ilmu biologi sepatutnya menambah kekaguman terhadap kebenaran kalam Allah iaitu Al Quran.
Lian Penang: Betapa cantiknya ilham yang Allah turunkan kepada manusia sehingga mampu mencipta permainan lian yang kemudiannya dicampakkan ilham sehingga terciptanya Lian Padukan. Maka nikmat apakah yang kita perlu kufurkan lagi? Apa lagi yang hendak direbutkan hingga sanggup tuduh menuduh dan fitnah memfitnah?


Sekianlah dahulu untuk minggu ini. Semoga Allah Taala memberkati kamu.

Wallahualam,

Faqir Allah

Sunday, April 4, 2010

Dari Blog Lian Padukan Melaka - Bakar Semangat

Bakar semangat.
Setiap pertubuhan silat pasti ada slogan tersendiri bertujuan untuk menaikkan semangat ahli-ahlinya.Bagi silat Lian Padukan,slogan"BERDIRI MUSUH" menjadi pilihan untuk membakar semangat ahli-ahli dalam mengembangkan aliran ini.Slogan ini bukan bermakna aliran ini bersifat riak atau cari pasal.Ia hanyalah pembakar semangat untuk tidak mengalah apabila dicabar.Tidak akan menyerah kalah selagi tidak ke titisan terakhir.Tiada belas kasihan dan sentiasa berwaspada.Bila lawan sudah tewas dan masih mahu mencuba kita tak beri peluang.Itulah makna berdiri musuh.
Walaupun Lian Padukan nampak garang bila bersolagan bergitu,tetapi sifat-sifat sabar,kasihan dan berkawan sentiasa di serapkan kepada ahli-ahlinya.Buat apa cari musuh tak bersebab.Ilmu yang dipelajari hanya elok diguna bila orang cari pasal.jangan kita pula cari pasal dengan orang lain.Janganlah kita bermusuhan sesama islam,itukan dilarang keras oleh agama.
Lian Padukan juga dikenali sebagai buah pukul.Ia mengandungi teknik-teknik buah Mersing,Endau asli,kuntau melayu,kuntau jawa,tomoi kedah,tomoi kelantan,sendeng,sunting dan beberapa lagi aliran.
LIAN bermaksud jurus.PADUKAN pula bermaksud panduan atau gabungan teknik-teknik yang telah disebut diatas.Lian padukan bersifat terbuka.Maknanya,ia bersedia menerima buah-buah pukulan yang terbaik daripada seni beladiri lain.
Teknik-teknik Lian Padukan adalah teknik terpilih.Ia adalah gabungan teknik-teknik terbaik.Tetapi bukanlah bermaksud senibeladiri lain tak bagus.Setiap senibeladiri ada kelebihan masing-masing.Jadi antara gabungan teknik-teknik inilah menjadikan Lian Padukan antara permainan yang agresif dan jitu.