Thursday, February 6, 2014

Setelah sekian lama mendiamkan diri....


Assalamualaikum. Agak lama blog ini tidak pernah diaktifkan atau di update. Terlalu banyak yang terjadi yang rasanya tidak perlu dinyatakan secara zahir. Ini mungkin posting terakhir kerana yang sebenarnya kami juga sudah tidak sebegitu aktif dalam Seni Lian Padukan. Yang adapun hanyalah murid asal cikgu Hisyam di Penang. Masih lagi bermain - main dengan gembira. Tetapi tidak serius seperti 5 tahun yang lepas. Ada yang tenggelam terus. Apa pun, hubungan kami tetap seperti dulu. Hormat kami kepada Cikgu Syam tetap tebal seperti dulu malah kami sentiasa menunggu kedatangannya ke sini. Terus terang saya katakan bahawa saya tidak lagi membantu Pak Syeikh mengajar dan tidak lagi terlibat mempromosikan Lian Padukan seperti dahulu. Tetapi minat untuk belajar seni mempertahankan diri tetap membara seperti dahulu. Jadi ke manakah arah kami di Penang ini? Jawapannya ialah.... saya Hady akan tetap terus belajar dengan Cikgu Syam dan juga Pak Syeikh tidak kira ilmu apa sekalipun (selagi bertepatan dengan syariah). Tentang Lian Padukan di Penang....biarlah generasi lain atau pihak lain menyambung perjuangan itu disini. Saya bolehlah diistilahkan sebagai tidur. Yang lain saya tidak tahu. Wallahualam.

Saturday, March 17, 2012

Adaptasi Senjata (2) : Wali Jantan


Assalamualaikum,

Senjata kedua dalam Blog LP Penang ialah Wali Jantan.
Senjata ini amat terkenal di utara (Kedah terutamanya). Mula diperkenalkan ke selatan oleh Ustaz Hanafi (pengasas Silat Cekak). Boleh dikatakan antara pakaian panglima zaman dahulu. Sebenarnya senjata ini terbahagi kepada 2 iaitu Wali Jantan dan Wali Betina. Wali jantan secara asasnya agak pipih dan kecil. Wali betina lebih lebar.

Wali Jantan diatas dibuat oleh tukang lama. Rekabentuk hulunya lebih dipengaruhi ciri Siam. Ini disebabkan oleh tukangnya adalah Melayu Siam dari Kedah. Amat ringan dan tajam (terlalu tajam kot). Perhatikan, ada urat darah dalam rekabentuknya. Bagi saya secara peribadi, senjata ini adalah antara yang terbaik pernah ada dalam simpanan saya dan juga antara yang paling menakutkan juga (hehehehe). Oh ya...panjangnya (mata sahaja) 7-9 inches.

Sekiranya anda meminatinya, untuk tempahan silalah berhubung dengan Guru saya. Cikgu Sham Giant. Maaf, ini hanya untuk ahli LP berdaftar sahaja. Wassalam.

Wednesday, February 15, 2012

Salam Takziah untuk Tuan Sheikh

Assalamualaikum,

Saya bagi pihak LP Penang ingin mengucapkahn takziah atas pemergian ayahanda kepada Sheikh Hamdan pada sabtu lepas. Maaf sekiranya ucapan ini sudah terlambat. Al Fatihah. Tuan Sheikh adalah pelopor dan juga tulang belakang kepada LP Penang.

Friday, July 29, 2011

Tahniah Sahabat-sahabat di Pulau Pinang

Salam,

Saya cuma nak berkongsi perkembangan terkini di Gelanggang Bertam,S.P.U. Pulau Pinang.

Sejak awal tahun 2010 Gelanggang Bertam telah berpindah dari dewan Taman Bertam Indah kepada dewan Taman Bertam Putra di kawasan perumahan Fasa 5. Asalnya ahli-ahli belajar sejak 2008 dengan menumpang aje di kawasan dewan Taman Bertam Indah. Berlatih dengan berkongsikan lampu dewan ( orang menyewa untuk bermain badminton )dengan berlatih atas pasir ( sebab belum turap), kadang2 depan lobby dewan ( sebab hunan )dan kadang2 di kawasan parking dewan ( selepas turap ). Waktu tak menentu sebab, bergantung pada masa saya turun penang.

Akhirnya, bila dewan Bandar Putra siap sekitar awal 2010, Pak Sheikh dan Pak Addy ajak pindah kesana. Penggunaan dewan itu juga atas persetujuan pengerusi taman itu iaitu Hj Hamid, untuk kami gunakan untuk aktiviti Lian Padukan. Pada masa itu hanya ada taekwondo, itu pun siang hari.

Harapan saya, Pak Sheikh dan Pak Addy selain kita ber Lian, sekurang-kurangnya Taman ini ada mewujudkan satu aktiviti yang bermanfaat untuk penduduk di taman ini dan kawasan sekitarnya. Bagi saya taman ini agak jauh dan terpencil.

Impak dan faedah yang saya perhatikan ialah walaupun tak ramai, tetapi kelas dan gelanggang ini berjaya menarik remaja-remaja yang melepak untuk menyertai Lian padukan. Sekurang-kurangnya budak2 ini ada tempat untuk di tujui dan berkumpul. Peluang ini digunakan oleh saya dan sahabat2 saya untuk memberikan nasihat dan mendidik mereka.

Walaubagaimanapun penggunaan dewan ini terganggu sejak beberapa bulan ini, akibat dari ketidakperihatinan beberapa individu yang menggangu perjalanan kelas, yang diadakan setiap sabtu, 930 malam.

Akhirnya, bulan lepas, muncul notis yang sesiapa yang perlukan penggunaan dewan ini kena buat surat permohonan dan sewa akan dikenakan....

Bagi saya ini mengarut....Tapi takpe, saya dah buat surat dan menunggu pihak MPSP untuk reply. Harap yang terbaik Pada masa yang sama, atas semangat dan tanggunjawab sahabat saya Pak Sheikh, Pak Addy dan adik Anas dan rakan2 lain telah mencari tempat alternative di kawasan taman untuk buat gelanggang sementara. Sebelum ini cuba2 berlatih di padang pada waktu malam tetapi telah meninggalkan kesan dan bau yang kurang menyenangkan...:-( pada ahli.

Tahniah sekali lagi atas usaha sahabat-sahabat saya di Bertam, Pak Sheikh, Pak Addy, Anas dan Yusri bersama-sama saya dan Lian Padukan.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Thursday, June 16, 2011

Perbincangan untuk Memulakan Latihan

Assalamualaikum,

Setelah tertunda beberapa lama, Lian Padukan Bertam akan memulakan kembali latihan yang tertunda. Akan tetapi, tarikh belum ditetapkan. Terdapat beberapa perbincangan yang perlu diadakan sebelum mula untuk sambung apa yang terputus. Pak Sheikh, Hady, Yusry, Anaz dan Cikgu Syam (optional) akan berbincang sesama sendiri sebelum keputusan di buat. Harap maklum.

Saturday, May 21, 2011

DITUNDA SEMENTARA

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa gelanggang Bertam terpaksa ditunda sehingga diberitahu kelak.

Sebab musababnya adalah disebabkan dewan yang digunapakai sedang dalam pembaikan.
Oleh itu, para pelatih atau yang berminat boleh menghubungi Pak Syeik, Hady atau Cikgu Syam untuk sebarang maklumat. Latihan akan disambung apabila masalah dewan dapat diselesaikan (yang tak tahu sampai bila). Mungkin juga akan diadakan di tempat baru. Harap bersabar.

Kepada yang menyebabkan masalah teknikal itu pesan saya (Hady), jangan diganggu saudara saya Syeikh. Marilah berbincang. Kalau nak berdiri sekalipun datanglah berhadap dan bukan tikam belakang. Melayukah kamu??

Monday, February 28, 2011

Tiga Kegembiraan di Pulau Mutiara

Salam,

Sabtu lepas saya telah turun ke gelanggang Bertam, Seberang Perai Utara. Lama rasanya tak turun, maklumlah sibuk dengan urusan kerja dan komitment lain dengan di Kl. Tapi bila dapat peluang, hujung minggu free, saya turunlah. Saya kena naik 2 bas untuk sampai ke Bertam, Kepala Batas. Bertolak Sabtu tengahari dan sampai agak lewat di terminal bus butterworth sebelum naik bas Rapid ke Kepala Batas. Adventure lah sikit ( nampak kedai Nasi Kandar Subaidah...tapi dah naik bas...tengok jelah), hilang rasa letih badan bila berjumpa dengan rakan2 dan ahli2 penang malam itu. Sampai ke gelanggang pun dah pukul 930 malam.

Rakan yang saya maksudkan ialah Pak Sheikh dan Pak Hady. Mereka berdua inilah yang banyak bantu saya dalam mengendalikan gelanggang di dewan Bertam Putra. Mereka dah bersama saya sejak beberapa tahun lepas dan telah habis silibus Lian, insyaAllah akan join khatam tahun ini.

Malam itu ada pertambahan budak2 baru dari taman, dari form 1 - form 4. Memandangkan saya nak datang, Pak Sheikh announce pada mereka yang baru lebih awal. Alhamdulillah mereka bersetuju nak masuk selepas di berikan penerangan dan demo 9 lagipun ada rakan2 mereka yang dah masuk ). Kata Pak Sheikh, budak2 disini tak ada aktiviti. Mereka suka melepak hingga lewat malam dan merokok pada usia yang muda. Sekurang-kurangnya dengan aktiviti Lian Padukan ini dapat kita menasihati dan membentuk budak2 ini ke jalan yang betul dan sihat.

Pak Sheikh ( cikgu sekolah ) ini saya kenal lama dulu semasa di ITM Shah Alam. Kita sama2 join Silat Cekak ( Guru Pak Ak ), masa itu belum pecah kepada anak ustaz hanafi dan Malaysia. Dia salah seorang sparing partner saya dulu...hehehe. Lepas balik Penang dia teruskan jumpa dengan Guru Utama Pak Ak. Lepas saya jumpa dia semula di Penang, dia tertarik pula dengan Lian Padukan yang saya bawa. Dah orang silat, silat juga. Sampailah sekarang dia bersama saya. Kita padukan, katanya. Kata isteri beliau, dia nampak suami dia ni banyak perubahan bila dah bersama Lian Padukan dari segi semangat berlatih dan melatih, kesungguhan dan banyak ilham datang. . Malam tu saya dipelawa tidor rumah dia untuk pertama kali. Banyak benda yang kita borak,bincang dan kongsi mengenai LianPAdukan sampai pagi tak tidor. Itulah kegembiraan pertama saya.

Pak HAdy pula saya kenal di Penang juga, engineer di Kulim hi Tech Park. Pak Hady ni orang tomoi dan berilmu orangnya. Dia ni minat senjata, ada je senjata yang di bawanya untuk di tunjukkan. Mula2 kenal dia pun macam tak yakin dia boleh kekal, tapi alhamdulillah kekal ke hari ini. InsyaAllah dia pun akan join khatam tahun ini. Kalau rasa siku Pak Hady macam "bilah", tajam. Banyak teknik tendangan, latihan senaman tomoi di serapkan untuk ahli2 penang. Dia pun guna konsep padukan. Tapi asas tetap buah pukol. Malam tu, Pak Hady hadiahkan saya "buku lima" tembaga. Terharu!, buat pertama kalinya dapat pemberian semenjak saya menceburi LianPadukan sejak 2004. Best. Kegemberian kedua saya.

Pagi ahadnya saya naik bas balik ( Pak Sheikh hantar ) dan beli akhbar Harian metro sebab dan membaca artikle Lian PAdukan dalma akhbar. YAhOOO....Best. Tido dalam bas tersenyum puasss....Kegembiraan Ketiga.
HAPPY ENDING.
LAWAN TETAP LAWAN

Sunday, January 9, 2011

Senjata - Adaptasi ke dalam Lian Padukan



Assalamualaikum,

Ini adalah salah satu senjata lama di kawasan utara. Senjata ini dikenali sebagai "Cak Lengkong". Mengikut kata orang tua - ia adalah abang kepada buku lima. Wallahualam. Senjata ni sekarang jarang dibuat dan jarang ditemui di kawasan utara. Tempat lain? Wallahualam. Macam mana nak guna? Terpulang kepada selera masing-masing :). Kebetulan ada orang tunjukkan.

Friday, October 15, 2010

Turun Gelanggang Bertam, Seberang Prai, Pulau Pinang.

Salam,

Minggu ni 16 - 18th October, saya akan bersama2 ahli Lp Penang di Bertam,Seberang Prai. Selain untuk memperkemaskan mereka ini untuk grading, saya juga akan berjumpa dengan beberapa individu yang berminat nak mengenali Lian Padukan ( sejak Srikandi Lp keluar majalah ) di samping untuk membuka gelanggang di Alor Setar, Kedah.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di 016-702 7449

Thursday, September 30, 2010

Tahniah kepada Lian Padukan Srikandi

Salam,

Saya ingin ucapkan tahniah kepada Cikgu Ayeen dan Cikgu Wana kerana memperkenalkan Lian Padukan version Srikandi dalam majalah Seni Beladiri keluaran october 2010.
( gambar2 di blog - Lian Padukan Academy )

Sekalung tahniah juga pada Yang Di Pertua LIAN PADUKAN Haji Mohammed Hasyim bin Haji Salleh dalam memberikan tunjuk ajar dan ilmu kepada kami semua dan usaha beliau melahirkan Srikandi-Srikandi Lian Padukan.

Terimakasih juga kepada Cikgu Azlan Ghanie atas sokongan beliau dalam mempromosikan Seni Silat Lian Padukan ini dalam majalah beliau.

Jom kita beli majalah Seni Beladiri.

Saturday, August 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum,

Saya mewakili Lian Padukan Pulau Pinang ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak kepada kesemua warga-warga Lian Padukan. Amat diharapkan agar kita dapat bersama - sama memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan menambahkan lagi amal ibadah sunat disamping ibadah ibadah yang wajib. Seruan saya, marilah kita bertaubat diatas segala salah laku yang pernah kita lakukan. Rendahkanlah diri kita dengan keinsafan, kemaafan. Hindarkanlah atau tinggalkanlah kedengkian, hasad, sombong, ujub. Insya - Allah, keberkatan pasti ada. Ingatlah bahawa segal hal diduni adalah berpunca dari Islam sedangkan Solat adalah tiangnya.

Dan di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan atau jutaan TERIMA KASIH dari kami ahli Lian Padukan Penang kepada Cikgu Hisyam Giant. Kerana cikgu yang bawa Lian Padukan kepada kami (dengan izin Allah) tanpa rasa jemu, tanpa mengira wang ringgit, tanpa mengira masa dan tanpa mengira JARAK. Tak tahulah sekiranya wujud lagi guru seperti kamu pada masa akan datang. Doa kami, semoga Allah membalas jasa cikgu dengan keberkatan, kekuatan, ketenangan dan kejayaan. Insya Allah, kami sentiasa berada bersama cikgu.

Kepada ahli Lian Padukan Penang, dalam bulan puasa juga insya Allah akan diadakan kelas tapi mungkin disebelah petang. Hal ini akan dikelolakan oleh Pak Sheikh.

Sekian dari saya,

Faqir Allah

Tuesday, August 3, 2010

Sifu Luke visit to Lian Padukan




Salam,

Last week, was a memorable weekend for me and Lian Padukan Academy. I am hosting Sifu Luke Holloway from Japan. Actually, he is from Australia but resides in Japan. The week earlier, he was involved with the Lion Dance International Competition in Genting Higlands. Anyway his priority was to give some donations to the orphanages in Shah Alam, Kelang, Gombak and Kampar Perak. Part of his collection conducting seminars and teaching in Japan and Europe last year and this year were for these orphanges.


The 2 days before his departure to Australia ( to conduct his seminar in Melbourne ) we spent together talking on silat, martial arts and checking out our styles.


He did spend an hour with some of Lian Padukan members sharing his experience teaching the arm forces, police and security worlwide. He demonstrated some of the techniques of demobilizing people, crowd control and disarmament of guns/knife. One thing I noticed was his way of alertness and awarness was similiar taught in Lian Padukan. Always 'cega' and 'curiga'.. He 's experienced as a bodyguard and bouncer helps him a lot. He wanted something that is applicable to his job ( as a bodyguard ) and also in his teaching for the security. He said "no point of learning a beautifull and flowery form of art/ silat/ martial arts but is not applicable. He has been shot at, bottles and chairs thrown at him, cut by knifes and involved in fights. Those kind of styles will not help him. As one of the guru said, if you want to learn to dance go to a dancing school. In LIAN PADUKAN we teach you how to fight...

He also came to our training class the next day.I told him about Lian Padukan and showed him our stlye and he agreed. He did show some of the human weapon footage to his japanese students before comming to Malaysia and they wanted sifu Luke to check us out. InsyaAllah if all goes well, we will have the chance of teaching the japanese the " ART of LIAN PADUKAN" - "LIAN PADUKAN - Street Fighting ".


Sifu Luke, did ask me what do I want?

I told him, as a member of Lian Padukan as a Khatam Guru as a secretary of Lian Padukan Malaysia and also my personal wish to make my grandmaster proud by making LIAN PADUKAN being taught outside of Malaysia. It is the least contribution I could do to my grandmaster Hj Mohammed Hasyim and LIAN PADUKAN.

As for me, I just do it for LIAN PADUKAN and the generation to come ( including my kids ) . We must show a good examples to them and teach them the right way to grow with and hopefully others will follow. We do not care what others think or like/ dislike or comments about us. These negative and bad intention people and comments will not get you anywhere. They will just rot anyway in the end....
In other words you just have to WALK THE TALK....

Likewise in business, if you like my products, you will definately buy from me IF NOT you will go looking somewhere else. It is simple as that !!


I am Lian Padukan. Lian Padukan is Hisham Giant.

Friday, July 23, 2010

Latihan Di gelanggang Penang

Assalamualaikum,

Kepada ahli-ahli Lian Padukan Penang, sila ambil perhatian.
Latihan Sabtu ini, Cikgu Hisyam akan turun untuk mengelola kelas.
Mengikut maklumat yang disampaikan, ini adalah lawatan beliau terakhir sebelum bulan puasa. Jadi, diharapkan agar semua dapat turun latihan. Turut serta (kalau tiada aral melintang) ialah Saudara Lokman (LP Kapar). Diharapkan kita dapat memanfaatkan kehadiran mereka semua. Tentang kelas masa bulan ramadhan belum diputuskan lagi. Keputusan akan dibuat oleh Cikgu Hisyam sendiri.

Kehadiran anda diwajib-wajibkan bukan dialu-alukan.

Sekian,

Faqir Allah

Tuesday, June 15, 2010

Ahli-ahli Penang


Salam,

Alhamdulillah, sambutan gelanggang Penang makin bertambah. Gelanggang penang ini dibantu oleh ahli-ahli senior iaitu Pak Sheikh dan Pak Hady. Mereka ini yang banyak bantu saya di Penang.

Setakat ini belum naik banner iklan lagi. InsyaAllah akan di usahakan pada masa akan datang.

Sunday, May 16, 2010

Vital Point



For your pleasure...Kajian tentang vital point...Boleh kah kita guna dalam pergaduhan??

Saturday, April 24, 2010

Kitab Hidayatus As Salikin- Permulaan

Assalamualaikum,

Pada hari ini dan insya Allah masa akan datang, saya akan menulis di Blog LP Penang runtaian/ringkasan apa yang dipelajari didalam kitab Hidayah Salikin atau judul penuhnya Hidayatus Salikin fi suluki maslakil muttaqin (pedoman bagi orang orang yang berjalan pada perjalanan orang orang yang takut kepada tuhan). Kitab ini dikarang oleh Syeikh Abdul Samad Al Falimbani. Salah seorang ulama nusantara yang amat terkenal. Kitab ini disyarah oleh Ustaz Shabini di Taek Gelugor, Pulau Pinang. Maaf, saya tidak akan menulis dengan detail atau setiap bab yang disyarah sebab itu akan jadi kolum mingguan. Tetapi, ia hanya akan ditulis di blog ini bila saya rasa ada perlunya ataupun ada permintaan. Baiklah, kita bermula.

Mukadimah- Kelebihan Penuntut Ilmu yang bermanfaat.

Ada pun kelebihan orang menuntut ilmu yng memberi manfaat adalah seperti berikut:-
1) Sabda Nabi S.a.w;
"Sesungguhnya para malaikat akan merendahkan sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat suka dengan perbuatannya" riwayat Imam Ahmad iraq.

2) Sabda Nabi S.a.w;
"Sesungguhnya jika seseorang kamu itu berpagi-pagi lagi mempelajari satu bab daripada ilmu, nescaya terlebih baik daripada ia bersembahyang sebanyak seratus rakaat". bnu Abbad

- Huraian oleh Ust Sharbini:- Sembahyang yang dimaksudkan adalah sembahyang sunat. Hal ini kerana sembahyang fardhu tetap wajib dan tidak dapat tidak wajib dilaksanakan. Yang dibandingkan disini adalah sunat seperti tahajud masjid, sunat - sunat yang lainnya.

3) Sabda Nabi S.a.w;
"Orang yang menuntut ilmu itu dijamin rezekinya oleh Allah Taala" Riwayat Khatib (Dhaif).
-Huraian Oleh Ustaz:- Hadis Dhaif makamnya boleh diamal tetapi tidak boleh dijadikan hujah dalam menetapkan hukum. Ilmu disini adalah dikhususkan kepada bidang agama.

4) Kata Syeikh Ibnu Atthailah yang dirahmati, dalam kitabnya AtTanwir Fi Isqath At Tadbir - "Kamu hendaklah mengetahui bahawa penyebutan ilmu berulang kali didalam Al-Quran yang maha mulia atau dalam Hadis Nabi s.a.w itu, maksud sebenar yang dikehendakinya ialah ilmu yang memberi manfaat yang disertai dengan rasa TAKUT terhadap ALLAH TAALA dan diliputi kehebatan ALLAH TAALA"

-Huraian Ustaz;- Kita harus atau sepatutnya apabila mempelajari sesuatu ilmu, ilmu menambahkan kekaguman kita terhadap Allah Taala ataupun rasa takut terhadap azabnya. Contohnya, ilmu biologi sepatutnya menambah kekaguman terhadap kebenaran kalam Allah iaitu Al Quran.
Lian Penang: Betapa cantiknya ilham yang Allah turunkan kepada manusia sehingga mampu mencipta permainan lian yang kemudiannya dicampakkan ilham sehingga terciptanya Lian Padukan. Maka nikmat apakah yang kita perlu kufurkan lagi? Apa lagi yang hendak direbutkan hingga sanggup tuduh menuduh dan fitnah memfitnah?


Sekianlah dahulu untuk minggu ini. Semoga Allah Taala memberkati kamu.

Wallahualam,

Faqir Allah

Sunday, April 4, 2010

Dari Blog Lian Padukan Melaka - Bakar Semangat

Bakar semangat.
Setiap pertubuhan silat pasti ada slogan tersendiri bertujuan untuk menaikkan semangat ahli-ahlinya.Bagi silat Lian Padukan,slogan"BERDIRI MUSUH" menjadi pilihan untuk membakar semangat ahli-ahli dalam mengembangkan aliran ini.Slogan ini bukan bermakna aliran ini bersifat riak atau cari pasal.Ia hanyalah pembakar semangat untuk tidak mengalah apabila dicabar.Tidak akan menyerah kalah selagi tidak ke titisan terakhir.Tiada belas kasihan dan sentiasa berwaspada.Bila lawan sudah tewas dan masih mahu mencuba kita tak beri peluang.Itulah makna berdiri musuh.
Walaupun Lian Padukan nampak garang bila bersolagan bergitu,tetapi sifat-sifat sabar,kasihan dan berkawan sentiasa di serapkan kepada ahli-ahlinya.Buat apa cari musuh tak bersebab.Ilmu yang dipelajari hanya elok diguna bila orang cari pasal.jangan kita pula cari pasal dengan orang lain.Janganlah kita bermusuhan sesama islam,itukan dilarang keras oleh agama.
Lian Padukan juga dikenali sebagai buah pukul.Ia mengandungi teknik-teknik buah Mersing,Endau asli,kuntau melayu,kuntau jawa,tomoi kedah,tomoi kelantan,sendeng,sunting dan beberapa lagi aliran.
LIAN bermaksud jurus.PADUKAN pula bermaksud panduan atau gabungan teknik-teknik yang telah disebut diatas.Lian padukan bersifat terbuka.Maknanya,ia bersedia menerima buah-buah pukulan yang terbaik daripada seni beladiri lain.
Teknik-teknik Lian Padukan adalah teknik terpilih.Ia adalah gabungan teknik-teknik terbaik.Tetapi bukanlah bermaksud senibeladiri lain tak bagus.Setiap senibeladiri ada kelebihan masing-masing.Jadi antara gabungan teknik-teknik inilah menjadikan Lian Padukan antara permainan yang agresif dan jitu.

Saturday, March 20, 2010

Melayu Wajib Bersilat - Saudara Azlan Ghani

Apabila sudah tiada maruah, manusia itu bukan lagi Melayu. Manusia sebegitu dikenali berperibadi ‘benang kusut’ yang perlakunya atau cakapnya sudah tiada adab. Menunjukkan biadab pada bersikap dan derhaka bila bersuara.

Yang dikatakan itu jelas dan tegas. Itu suara dan sumpahan dari Melayu dulu dan masih diterima pakai masa ini, hanya penyampaiannya berbeza dan maksudnya tersembunyi.

Kata hati orang Melayu dulu kerana bersuara keramat yang tiada putus hingga kini. Bila dilihat yang ‘buruk’, dalam menahan marah disebut; “Lahh...”. Terlangsung hati itu sejuk kerana sebutan hati itu. “Lahh...” itu dari sebutan penuh “Allah”.

Begitu juga apabila sudah melihat keburukan disebut; “Itulah awak...” yang asalnya berbunyi; “Itulah tulah Allah kepada awak”. Diringkasnya; “Itulah awak...”, tetapi ada juga sebut tanpa disedari berbunyi; “Tulah awak...”.

Apa yang disebut awal mengenai silat, Melayu mesti menuntut silat dan kesannya tanpa silat adalah dari suara orang Melayu lama atau Melayu dulu. Suara dari guru yang tahu dan memeliharakannya.

Dalam Silat Melayu, pergerakannya dari adat beradab. Menampilkan sikap berbudaya. Namun silat tidak boleh sama sekali menyerupai pergerakan solat dan ilmunya tidak boleh bercanggah dengan agama Islam.

Silat adalah beladiri. Silat bukan solat dan silat bukan dari sebutan silatulrahim.

Namun silat boleh mengumpul manusia dan bila tiba waktunya, yang beragama Islam boleh solat berjemaah. Beladiri lain tidak sebegitu, kecuali gelanggangnya dalam kawasan pentadbiran Islam atau mungkin gurunya beragama Islam. Kerana dalam silat, solat didahulukan kerana ia hukumnya wajib.

Kembali kepada suara Melayu lama, bangsa Melayu mesti menuntut silat, kerana ilmu beladiri Melayu adalah silat dan dengan beladiri itu mereka wajib mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Dalam mempertahankan agama, mereka mesti dahului mempertahan-kan bangsa Melayu yang ditakrifkan beragama Islam dan mengamal budaya Melayu yang tidak bercang-gah dengan hukum syarak.

Dalam mempertahankannya, orang Melayu mesti mempertahankan Raja-Raja Melayu yang menjadi pemegang amanah utama. Namun dalam masa yang sama juga, mereka mesti mempertahankan negara agar Raja-Raja Melayu yang memerintah dapat terus sama-sama memelihara Islam.

Kerana itu orang Melayu lama yang menyedari hakikat itu ‘menjatuh hukum’ bahawa dari sebutan “mesti” dijadikan “wajib”. Orang Melayu wajib menuntut silat dan silat itu adalah Silat Melayu. Dalam sejarah Melayu yang dicatat atau dibukukan, orang-orang Melayu di Nusantara menentang tentera Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris dengan ilmu beladiri yang kini dikenali silat.

Dari buku Sejarah Melayu hingga catatan beberapa buku Dr Hamka, orang Melayu dari Melaka, Majapahit, Acheh, Pasai, Sulawesi, Sulu dan sebagainya golongan pahlawan yang tidak gentar berdepan senjata api demi agama, bangsa dan negara.

Dengan ilmu beladiri Melayu itu, Baik Portugis hingga zaman British, hidup mereka tidak tenang. Sentiasa ada pahlawan Melayu bangkit hingga tidak dibenarkan lagi keris dipinggang dan gelanggang silat diwujud.

Apajua cara dihalang, orang Melayu terus senyum. Senyuman yang menyembunyi rahsia. Guru silat tetap wujud dan identiti mereka dirahsiakan. Bukan sahaja penduduk sekam-pung, malah isteri pun tidak tahu suaminya guru silat.

Begitu sikap Melayu di Semenan-jung. Tidak menunjuk dan tidak menonjol. Penjajah hanya kenal orang Melayu, nama-nama pada keris tetapi tidak akan kenal rahsia Melayu dan keris yang menjadi simbol akan siapa sebenarnya bangsa Melayu.

Yang utama kepada guru silat, anak murid mesti terus dihasilkan untuk mengganti perjuangan mereka. Diamanahkan, bangsa Melayu wajib menuntut Silat dan sesekali tidak ditegah mempelajari beladiri lain. Yang dijangankan, memburuk beladiri bukan silat dan jangan pula sesekali Melayu membusukkan silat kerana Melayu itu umpama pengkianat dan penderhaka yang akan kena tulah. Yang tahu pegang akan membawa kata-kata Tuah.

Juga diukirkan, keris itu Melayu dan Melayu itu keris. Keris itu silat dan silat itu budaya yang memelihara adat Melayu. Buang silat maka hilang budaya dan hilanglah bangsa.

Kembalilah kepada asal-usul kerana darah Melayu Semenanjung berke-turunan. Buka salasilah dari ‘tok empat lapan moyang’ supaya perjuangan mereka sia-sianya tiada kerana cucu-cicit adalah penyambung. Silat kekal senjata diri.

Saturday, March 13, 2010

Silat Lian Padukan Martial Art of the 21st Century

Silat Lian Padukan Martial Art of the 21st Century
by Nigel Sutton


In recent years the Malay martial art of silat has become more and more popular although it is probably fair to say that more people in the West are aware of the art in the variants practised in Indonesia. The art that is the subject of this book, however, is one of the five hundred or so different styles that may be found in what is now modern-day Malaysia.


While many styles of silat are characterised by their flowery dance-like movements which disguise the effective applications hidden within them, Lian Padukan is a direct, no-nonsense style and what you see is very much what you get.

The unique nature of Lian Padukan is in no small part due to the combination of its history and the pioneering and innovative spirit of some of its leading masters. This is particularly true of the man who gave the art its present name Pak Mat Kedidi and his successor the currentlineage holder Mohammed Hasyim Salleh.

Lian Padukan in its present form is a systematic method for close-quarter combat, based on clear principles, which are developed through a logical and coherent training process. Divided into five levels Lian Padukan teaches the exponent first how to use the various weapons of the human body, how to entice the opponent into attacking and then to deliver devastating counters. The Lian Padukan practitioner delivers a continuous barrage of techniques until the opponent is completely demoralised and unable to continue.

The weapons of Lian Padukan, as befits an art developed and used by law enforcement officers such as Pak Mat Kedidi, are the short stick, the long staff and the metal truncheons (known in Japanese as the sai). These weapons can all be used to subdue even a knife or parang-wielding opponent without necessarily doing permanent or fatal damage. Furthermore the principles of their use may be applied to a large number of objects found in a typical everyday environment; for example an umbrella for the short stick, a broomhandle for the staff, or rolled up newspaper for the iron truncheon.

That Lian Padukan is very different from other styles of silat is perhaps explained by its unique history which has resulted in a blend of Chinese boxing methods, native Malay silat and the Tomoi, Thai boxing style of Southern Thailand. Along the way all that is superfluous or wasted in the form of movement or technique has been dropped away leaving a direct, sophisticated fighting system.

Nigel Sutton


Reference: Silat Warrior. Issue Autumn 2001

Sunday, March 7, 2010

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK BERTAM PUTRA FASA 2

Saya bagi pihak Lian Padukan cawangan Pulau Pinang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Rukun Tetangga Bandar Putra Bertam, Kepala Batas atas kesudian membenarkan Lian Padukan berlatih di dewan fasa 2. Malah slot yang diberikan kepada kami iaitu Sabtu malam Ahad yang boleh di anggap sebagai "prime time" adalah amat kami hargai.

Sepatutnya ucapan terima kasih ini patut diletakkan sebagai post pertama blog ini. Tetapi kami terlupa mungkin sebab "tergagap" sedikit masa reka blog ini. Sekali lagi ribuan terima kasih. Insya allah, kami akan berusaha untuk meramaikan ahli pada masa akan datang.